Tenaga Nasional Berhad TNB Payment: Careline & Bill Online

Tenaga Nasional Berhad TNB Payment: Careline & Bill Online

tnb payment

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan sebuah badan berkanun yang membekalkan tenaga elektrik di Malaysia. Ia merupakan syarikat dominan yang menjana dan menyalurkan bekalan elektrik ke seluruh Malaysia.

Sehingga kini, ia merupakan pemilik utama bagi semua aset dalam industri tenaga elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. TNB juga berperanan sebagai syarikat monopoli dan monopsoni yang bermaksud TNB merupakan penjual dan pembeli tunggal dalam pasaran industri tenaga elektrik. Hal ini menjadikan syarikat tenaga ini harapan kebangsaan sejak sekian lama. 

Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia bergantung kepada sistem bekalan elektrik daripada syarikat ini. Tanpa kita sedar, hampir seluruh kelengkapan perumahan dan harian kita bergantung pada tenaga elektrik yang disalurkan oleh syarikat tenaga ini.

Justeru itu, TNB menawarkan perkhidmatan yang cekap dan efektif bagi membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih baik dengan membekalkan tenaga kepada setiap individu pada setiap hari. Ini sejajar dengan slogan mereka iaitu “Better. Brighter”.

Bill TNB Payment di Apps

Tenaga Nasional Berhad menawarkan perkhidmatan pembayaran bill tnb online secara atas talian melalui aplikasi MyTNB.

Ini dapat memudahkan semua urusan masyarakat untuk membuat pembayaran tnb bill tanpa perlu ke kaunter selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memanfaatkan dunia digital secara menyeluruh. 

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pembayaran menerusi aplikasi MyTNB;

portal tnb bill online
  1. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MyTNB atau menerusi portal rasmi MyTNB di https://www.mytnb.com.my seperti pada Rajah di atas ini
  2. Bagi pengguna baru, pengguna perlu mendaftar dahulu dengan klik pada butang “Register Now”.
  3. Masukkan maklumat diri yang dikehendaki dengan betul.
  4. Kemudian, masukkan nombor pin yang diterima melalui SMS. 
  5. Klik pada butang “Tambah Bil” untuk menambah akaun bil eletrik pengguna bagi pengguna yang mempunyai lebih daripada satu bil.
  6. Pada bahagian dashboard, klik pada butang “Current Bill”.
  7. Pengguna boleh klik pada bahagian “Bill” untuk melihat paparan bil dan sejarah pembayaran bil.
  8. Akhir sekali, klik pada butang “Pay” untuk membuat pembayaran bill. Bill pengguna yang telah dibayar akan dihantar menerusi emel. 

Tenaga Nasional Berhad Payment Guna Jompay TNB

Pembayaran bill TNB jompay juga boleh dibuat secara perbankan internet.

Antara bank yang menawarkan perkhidmatan atas talian ini ialah Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank dan banyak lagi sepertimana yang tersenarai di laman sesawang https://www.jompay.com.my 

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat membayaran perbankan internet;

  1. Layari https://billercentre.jompay.prod.inet.paynet.my seperti pada Rajah di bawah ini
  2. Masukkan “Username” dan “Password” dengan betul dan klik pada butang “Login”.
  3. Pilih “Pay” pada bahagian Menu.
  4. Kemudian, pengguna perlu klik pada JomPAY dan masukkan kod (5454) di bahagian kod JomPAY.
  5. Seterusnya, masukkan nombor akaun yang perlu dibayar oleh pengguna.
  6. Pengguna perlu memasukkan amaun bill dan klik pada butang “Payment”.
  7. Akhir sekali, masukkan nombor TAC yang diterima dan pembayaran selesai.
jompay tnb

Payment TNB Bill di Pejabat Pos

Pembayaran boleh dibayar di mana-mana pejabat pos yang berdekatan dengan pengguna.

Pengguna perlu membawa slip bill yang ingin dibayar ke kaunter pejabat pos laju.

Pembayaran adalah secara tunai. Setelah pembayaran selesai, resit akan diberikan sebagai bukti pembayaran.

Selain itu, mana-mana cawangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menawarkan pembayaran secara terus melalui kaunter dan juga kiosk layan diri.

tenaga nasional berhad payment

Keadah pembayaran boleh dilakukan secara tunai, kad kredit dan cek. Pembayaran boleh dibuat dengan membawa slip bill TNB yang ingin dibayar.

Setelah pembayaran dibuat, resit pembayaran akan diberikan sebagai tanda pembayaran berjaya diselesaikan.

Contact Customer Service TNB Careline

Berdasar semakan portal tnb careline, jika anda ada sebarang masalah, aduan dan problem boleh terus contact number HQ customer service tenaga nasional berhad yang beroperasi 24 hours di nombor, 15454

Soalan Lazim & FAQ

1. Bila syarikat Tenaga Nasional Berhad ini ditubuhkan

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1990 menerusi Penswastaan Lembaga Letrik Negara (LLN). 

2. Berapa jumlah anak syarikat tenaga nsional berhad sekarang

Tuntasnya, kini Tenaga Nasional Berhad mempunyai 35 anak syarikat yang bekerjasama dengannya bagi menjana bekalan tenaga ke seluruh Malaysia. 

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia